.

Assalamualaikum.

Amboi, lama sungguh kita tak bersua di sini bukan? Dan lagi lama rasanya saya tidak mulakan entri dengan memberi salam. Tapi saya yakin salam yang saya berikan tadi kemungkinan besar hanya separuh yang menjawabnya dan separuh lagi menjawab saat sedang membaca perkataan ini. 

Ketika ini, saya berada di satu tempat yang agak asing. Burung-burungnya berkicau tidak seperti biasa, andai kata saya adalah seekor burung tentu burung-burung ini tidak akan memahami kicauan saya dan saya akan menjadi seekor burung yang disisihkan, berseekoran dan akhirnya dilastik. Entah kenapa saya bercerita tentang burung pun saya kurang pasti dan entah kenapa saya menggunakan kata ganti nama saya pun saya kurang pasti. Kalau anda seorang yang cekap, anda akan sedar saya menggunakan ayat kurang pasti secara berulang. Mengikut cikgu bahasa saya, manusia yang menggunakan ayat yang berulang adalah manusia yang tidak kreatif. Tapi saya yakin cikgu saya salah, dia sendiri pun sering kali mengunakan ayat yang berulang seperti "Tolong diam!". Hampir setiap hari diulanginya ayat itu tanpa rasa berdosa sedikit pun.

Kahkahkah! Saya baru sahaja baca semula perenggan di atas dan saya sedikit pun tak faham apa yang saya sedang tuliskan. Tapi bijak pandai pernah berkata, apa yang tidak difahami oleh kebanyakan orang akan menjadi seni pada sesetengah orang yang lain. Bila saya sebut perkataan seni ini entah kenapa saya terfikirkan sunyi. Mungkin sunyi itu satu seni atau seni itu hanya mampu dilahirkan ketika sunyi. Amboi, sungguh deep dan celaka ayat saya bukan?

Saya tidak suka pada kesunyian kerana selalunya kesunyian akan mengingatkan saya kepada bekas kekasih. Apabila teringatkan mereka saya terfikir pula apa yang akan saya doakan untuk mereka? Adakah saya perlu mendoakan kebahagiaan mereka seperti yang selalu ditonjolkan dalam drama melayu? Oh ya, sudah berapa hari saya tidak menonton drama Dejavu Di Kinabalu, saya harap watak Ammar dan Nadhira telah mati dengan cara paling tragis. Walaupun saya seorang lelaki, seperti kebanyakan wanita, saya juga salah seorang penyokong tegar Bazli.

Berbalik pada soal bekas kekasih, oleh sebab saya tidak mahu menjadi hipokrit, saya tidak akan doakan bekas kekasih saya bahagia. Orang selalu katakan kalau badan seseorang itu berisi tandanya mereka sihat, jadi saya akan doakan bekas kekasih saya menjadi SANGAT sihat. 

Terlalu lama tidak menaip entri membuatkan saya tidak tahu lagi untuk menulis tentang apa. Saya harap saya boleh karang satu cerita bohong dan dapat membolehkan ramai orang terpedaya dan kagum pada diri saya saat ini. Selepas saya lama berfikir, saya sedar saya sudah kehabisan cerita bohong.

Ok, awak semua tunggu diam diam. Saya akan kembali lagi bila saya mempunyai cerita bohong untuk disebarkan. Bye.

Hampir terlupa pula saya, cerita bersiri Akhtiera itu akan saya sambung semula jika saya mempunyai kerajinan untuk menyambungnya. Untuk kepuasan ending yang lebih sempurna, sila baca perenggan di atas semula dengan nada yang sedikit sayu.



P grip kepala S : Kalau anda tak dapat memahami apa kaitan tajuk dengan cerita saya maka anda bukanlah orang yang mempunyai jiwa seni.

10 carutan:

apsal aku baca sampai abes..apsal....>.<

 

ah klau begitu, sy rela mnjadi hipokrit.
Berbhagialah kau wahai ex ku!
Berbahagialah dengan luka yg kau beri ke aku.
Amin!

 

tajuk sungguh berseni smpai aku x nmpk tajuk seni tu..seni sgt..

isi entry plak ... mcm teettt~
tapi masih mampu buat aku tersenyum kamben..

bro..rindu nk bace cerite bohong lu lagi..

 

tajuk entry tu noktah semata ,tue ke perkaitannya ngn entry ni.tp harap perjalanan blog ni takde noktahnye . mohon teruskan menulis utk pembacaan manusia sejagat .

 

aahhh kenapalah aku terjebak sekali..

 

sekian lama tunggu, ini je yang kau update ?!! hahha

 

kenape kenape dan kenape !

 

Ye lep. Sesungguhnya saya sangat berseni kerana memahami entry ini.

 

Dah blajar senibina ni pun tak paham apa seni brader lep lep ni .tsk..tsk..