Surfing

Itu hari, ada seorang kutu mempelawa gua pergi melepak dengan golongan baru. Golongan yang tidak pernah lagi gua bercampur gaul apetah lagi bertepuk bahu. Golongan yang tidak lain tidak bukan ialah golongan Surfing. Walaupun rumah gua berdekatan dengan pantai, gua tidaklah menanamkan perasaan minat kepada aktiviti bukan-bukan yang dianggap sejenis sukan ini.

Oleh kerana tidak mahu dianggap sombong, tidak mahu bermasyarakat apetah lagi tidak berpersatuan, gua menerima pelawaan itu dengan hati separuh terbuka. Seperti dijangka, aktiviti melepak dipenuhi dengan sembang dan hikayat mengenai surfing. Gua order nescafe ais dan bersedia mengangguk kepala.

Salah seorang dari mereka sibuk bercerita tentang dia pernah surfing di atas ombak 5 kaki. Yang tidak mahu kalah, sibuk bercerita tentang ombak 10 kaki dan laut Australia. Yang mana masih mahu mengekalkan ego bercerita tentang pernah surfing di atas tsunami. Gua angguk kepala.

Seorang brader berambut dreadlock berdiri di atas kerusi sambil menayangkan skill surfingnya. Budak-budak yang baru nak up masing-masing bertepuk tangan melihat aksi surfing brader tersebut. "Mentah.", bisik gua dalam hati.

Turun sahaja daripada kerusi, brader tersebut mengajukan pertanyaan kepada gua. "Lu pulak selalu surfing kat mana?". Gua senyum sambil angkat kepala.

"Kadang-kadang kat CC bang, tapi paling selalu kat rumah la sebab ada pakai broadband", kata gua yakin.

Semua kutu terus tukar topik sembang.

8 carutan:

kau sempoi. tabik kat kau. nampak tak di situ, terus ubah topik.

 

Gua rasa, demi menjaga airmukanya, brader dreadlock tersebut akan berpura-pura mencarut-carutkan ke arah lu dengan menggunakan slang-slang yang lu sendiri tak paham. Ye dop? kahkahkahkah!

 

style surfing paling lejen...khekehkehekh

 

hahaha.. lu punya surfing takde sape laaa boleh kalahkan.. kih kih..

 

leplep memang Awesome!!!

 

kelakarlah awak ni leplep =>
*mukapalingcomeluntukawaktampar*
hahaha :p