Akhtiera Episod 2

Keadaan dalam tren menjadi huru-hara. Separuh dari badan tren terbalik dan memasuki federal highway. Dari jauh sebuah treler dengan muatan bijih besi sedang memecut laju. Arbani yang terhuyung-hayang memeriksa briefcase pakcik yang menegurnya menghisap rokok sebentar tadi. Akibat gegaran kuat tadi, pakcik tersebut telah pengsan kerana terhantuk kepalanya pada bucu kerusi. 

Setelah diperiksa, Arbani menjadi hampa apabila hanya terdapat helaian-helaian kertas dan satu alat elektronik yang Arbani tidak tahu apa fungsinya di dalam briefcase tersebut. "Kalau dalam cerita mat saleh, paling kurang pun mesti ada 10 juta dalam briefcase", rungut hati Arbani. Arbani mencari pula kelibat makwe yang dilihatnya sedang menangis tadi. Dia khuatir jika makwe tersebut cedera. Lebih khuatir kalau makwe itu memerlukan bantuan CPR dan peluang itu diambil oleh orang lain.

Lori treler dengan muatan bijih besi itu semakin hampir. Tidak kelihatan sedikit pun pemandu treler tersebut cuba memperlahankannya. "Babi, minum air ketum la ni!", jerit Arbani apabila melihat lori treler itu sudah semakin dekat dan akan melanggar bahagian badan tren yang sedang terlentang menutupi separuh jalan Federal Highway.

Saat-saat genting itu Arbani melihat sekujur tubuh terbaring tidak jauh darinya. Tubuh gadis yang menangis tadi! Dengan susah payah, Arbani menuju ke arah gadis tersebut. Keadaan dalam tren yang dipenuhi darah, kaca, indon dan bangla menyukarkan pergerakan Arbani.

Akhirnya, Arbani berjaya memegang tangan gadis tersebut. Dia dengan sepenuh kekuatan menarik gadis itu untuk keluar dari tren. Ketika sudah hampir dengan tingkap tren yang sudah pecah berderai, Arbani melihat seorang budak kecil berumur lebih kurang 3 tahun sedang menangis kesakitan. Dia sedar dia perlu membuat keputusan penting pada saat itu.

Dengan segera, dia merangkul budak kecil itu dan mengeluarkannya dari tren. Kemudian dia berlari semula ke arah tren dengan niat hendak mengeluarkan gadis itu pula. Baru sahaja dia dapat memegang tangan gadis tersebut, berlaku satu dentuman kuat. Lori treler tadi sudah merempuh bahagian badan tren.

Tren terseret jauh dan melanggar pembahagi jalan. Sebatang tiang letrik tumbang ke atasnya. BOOOOOMMMMM!!! Tren tiba-tiba meletup, entah bagaimana ia boleh meletup tidaklah diketahui. Arbani terduduk, sukar untuk mengharapkan ada sesiapa boleh terselamat dalam letupan sebegitu rupa.

Selepas lama melihat tren itu sedang terbakar, Arbani baru perasan yang dia sedang menggenggam sepucuk sampul surat. Mungkin surat itu beralih ke tangannya ketika cuba hendak mencapai tangan gadis tadi. Dengan perasaan yang bercampur baur, Arbani  membuka sampul surat tersebut dan membaca apa yang tertulis pada surat di dalamnya.


Akhtiera,
2 tahun, 3 bulan, 22 hari, dan akhirnya cinta kita tak mungkin mampu lagi bersemi. Saya utuskan surat ini sebagai tanda perpisahan. Entah kenapa, awak bukan lagi gadis yang saya puja, dan saya percaya saya telah berjumpa dengan gadis yang lebih sesuai. Maaf tapi saya harus pergi. Ini bukan jodoh kita.

Arbani menggenggam surat tersebut..

Bersambung...

8 carutan:

harap harap arbani sedang bermimpi

 

sedih baca surat gadis itu..

 

patut nagis,kena tinggal. ok next next

 

akhtiera... cantik nama, sikit lagi seperti nama sy :-p

 

engko biar btol Arbani.. sempat ambik surat pulak

 

brader lep cptla continue ni story! hehehe :"D