Besar

Ada suatu petang,gua bawak anak buah gua pergi main kat taman permainan,nak bawak pergi main kat tengah highway nampak sangat kerja gila ye dak? Tangan kanan pegang anak buah gua,tangan kiri pulak pegang layang-layang. Ni kalau ada makcik-makcik tengok kompem berebut nak buat gua menantu..

Sambil tengok anak buah gua cuit-cuit bahu sorang makwe dalam lingkungan umur dia jugak,gua cucuh rokok. Setakat budak darjah satu dua ni apa je la yang diaorang pikirkan,lagipun tak pernah lagi gua dengar budak perempuan darjah dua mengandung lepas kena cuit bahu.


Sambil hisap rokok,gua usha persekitaran. Petang ni takde sorang makwe pun yang keluar bawak adik pergi taman permainan,gamaknya semua makwe sekarang ni lagi suka layan tivi kat rumah sambil lunjur kaki. Gua mengeluh hampa. Tengah gua ralit menenangkan fikiran,ada dua orang budak kecik dah buat hal tepi gua.

Budak dua orang ni gua syak kalau tak tadika mesti darjah satu. Kemain lagi tengah bergaduh mulut,sambil cekak-cekak pinggang dibuatnya..Gua masih kekalkan gaya duduk gua,kalau sampai berguling-guling baru gua ingat nak rejam dengan batu dua orang budak ni..


"Semalam ayah kita dapat ikan besar ni",kata budak botak baju biru sambil mendepangkan tangannya.

"Alaaa,ayah kita hari tu dapat ikan lagi besar,besar kereta",jawab budak baju oren taknak kalah.

Gua dah geleng-geleng kepala,ingatkan takde dah budak-budak main permainan "ayah siapa lagi power" ni.

"Ayah kita punya ikan lagi besar la,besar dunia!",balas budak botak baju biru sambil buat muka bengis. Gua dah mula rasa budak baju oren ni akan mengalami kekalahan. Tapi bila gua dengar apa yang dibalas budak baju oren ni,rokok gua sikit lagi nak terlepas ke tanah.

"Ikan ayah kita besar infiniti! Awak tak boleh lawan dah,kakak kita kata infiniti yang paling kuat sekali!",balas budak baju oren yakin. Gua dah start berdebor,bukan calang-calang budak baju oren ni rupanya. Pesen main kakak tapi kalau gua jadi budak botak baju biru ni gua tahu apa balasan paling power sekali nak guna. 

"Tak kisah,ikan ayah kita besar Tuhan. Boleh lawan,boleh lawan?",balas budak botak baju biru sambil naik ke atas papan gelongsor. Budak baju oren diam sambil air mata bergenang.



Sambil tersenyum,gua tahu budak botak baju biru ni akan jadi lelaki yang steady bila besar nanti..


Habis

Dah berjam-jam gua mengadap laptop,cucuh rokok padam rokok,tengok bintang rasa nak mencarut,tengok henset rasa nak menjerit,tengok tivi tak serupa tengok tivi.

Akhirnya gua baru sedar buat pertama kalinya gua tak tahu nak tulis apa. 




P pandang S : Saya mintak benda bukan-bukan sangat ke Tuhan?

Siri Bercakap Dengan Kim #2

Malam itu sungguh gelap. Punyalah gelap sampai kalau nak cucuh rokok pun ada chance nak tercucuh hidung sendiri. Gua dan Kim dalam perjalanan pulang dari Bandar Metropolitan Kuantan. Jam di dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 2.47 pagi. 

"Apesal ikut jalan ni? Guna Bypass kan lagi dekat.",tanya gua kepada Kim yang sedang memandu.

"Ah gila,Bypass tu keras! Kang terserempak dengan apa-apa kat tengah jalan macam mana?",jawab Kim derhaka.

"Ni sejak bila pulak Atheist percaya hantu ni? Tuhan pun lu tak percaya,ngade-ngade nak percaya hantu pulak",tanya gua lagi sambil membuat muka comel. Sayangnya muka comel gua ditenggelami kegelapan malam.

"Tuhan tak boleh dibuktikan kewujudannya kalau kita gunakan logik atau mengikut sains tapi kewujudan hantu boleh!",jawab Kim sedikit lantang. Gua mula tersengih.

"Setahu gua hantu apa pun dalam dunia ni berpunca dari alam selepas mati. Kalau lu tak percaya adanya kehidupan selepas mati,macam mana lu boleh percaya hantu?",kata gua sambil membuka tingkap kereta. Deruan angin masuk berlumba-lumba.

"Kalau lu nak tahu sekarang dunia sains dah mengiktiraf hantu tahu cuma diaorang tak panggil hantu la. Diaorang siap kaji lagi macam mana hantu tu boleh terbentuk,itulah lu jarang tengok tivi kan dah jadi bengap",jawab Kim sambil mengekek-ngekek ketawa. Puas.

"Ooo..dah tu kalau ikut teori sains,hantu tu wujud macam mane? Proses fotosintesis?",kata gua sambil membuka radio kereta. Kim terdiam.

Dan gua tersenyum dalam kegelapan.





P gertak S : Sekarang ni entah kenapa,gua dah tak berapa nak lalu tengok makwe.

Mimpi

Pernah rasa lapar macam nak mati dan lu hanya ada seringgit cukup-cukup buat beli maggi je? Lu menapak jalan kaki 3-4 kilometer ke kedai dan bila sampai depan kedai lu baru perasan duit seringgit lu tadi dah hilang. Pernah rasa macam tu?

Sekarang cuba cakap macam mana lu nak harung 3-4 kilometer balik rumah tanpa ada apa-apa untuk dibawa?

Gua harap birthday gua esok. Yup,esok. Jadi gua akan dapat satu wish.

Gua harap gua tak pernah pandai guna komputer.




P buat-buat steady depan S : Terlalu berbaloi untuk ditinggalkan,terlalu sakit untuk ditunggu. Harap masa ada jawapannya.