Semalam di malam angker.

Kalau nak diikutkan kampung tempat gua tinggal ni antara tempat yang menakutkan, setakat Amityville, banglo RM50 dekat Shah Alam, Villa Nabila dekat JB memang 4-5 tiang kena tinggal dengan kampung gua kalau nak bertanding dia punya level horror..

Cakap je hantu apa yang tak pernah orang jumpa dekat kampung gua ni? Penanggal,pontianak,pocong,pelesit dah selalu sangat orang kampung jumpa sampai dah naik muak. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan semua penghuni kampung gua sendiri ialah hantu,kalau tak hantu fesbuk,hantu mengumpat bawah pokok petang-petang atau hantu melepak balairaya sembang politik. 

Baru-baru ni gua siap dengar cerita orang jumpa hantu lenggang. Hantu Lenggang ni sampai sekarang gua tak tahu hantu spesies apa..Harap-harap jenis hantu yang senonoh sikitlah..Punyalah happening kampung gua dengan hantu sampaikan kalau ada cerita hantu cerita tu sempat bertahan sehari dua je sebab cerita hantu lain dah ganti. 

Walaupun begitu, sebagai seorang anak muda harapan kampung, gua rileks je dengan cerita-cerita hantu ni. Tak pernah lagi gua tolak permintaan untuk keluar melepak pukul 2-3 pagi sebab terpengaruh dengan cerita hantu. Nak kabor tak takut tu memang penipu betei tapi kalau jumpa depan-depan gagah lagi la gua ikat tali kasut dulu sebelum lari..

Ada satu malam 12-13 tahun yang lepas ketika gua masih remaja,badan pun fit lagi serta tidak gentar diajak bertumbuk gua sedang leka menonton tivi. Masa tu kalau tak silap gua Astro pun takde lagi, apetah lagi budak-budak bangang Akademi Fantasia. Hujan sedang turun secara lebat dan sistematik, hari apa gua dah lupa tapi kita anggap jelah malam jumaat nak kasi efek seram tu menaik sikit.

Cerita McGyver yang gua sedang tengok masa tu betei-betei menguji kesabaran gua. Apesal lah McGyver ni power sangat, dahlah power, rambut pun tak kpop mana. Sedang gua mengagumi kepoweran McGyver yang sedang cuba meletupkan sebijik helikopter menggunakan sebatang berus gigi gua terdengar satu bunyi. Sayup-sayup.

Hati gua mula rasa panas. Tak tahu ke gua tengah tengok cerita McGyver ni dan gua cukup tak suka menonton tivi dalam keadaan takut jadi gua amati bunyi tu betei-betei. Kompem,bunyi ketukan dari bawah rumah. Bila fikir logik, sebangang atau sejahat mana pun budak kampung gua, diaorang takkan tergamak masuk bawah rumah orang tengah-tengah hujan lebat semata-mata nak menakutkan seseorang yang sangat susah ditakuti.

Gua tak fikir panjang, gua pergi ke arah bunyi tu datang. Kali ni gua berdiri betei-betei di atas bunyi ketukan tu. TOKK! TOKK! TOKK! Gua mengetuk lantai kayu rumah gua. Ketukan gua tu dibalas dengan bunyi ketukan yang sedikit bersepah. KTOKK KTOKK!! KTOKK KTOKK!! cilake,macam gampang jugak gua try buat efek bunyi dalam bentuk tulisan ni rupanya..

Gua buat keputusan nekad untuk keluar rumah dan check sendiri apa yang ada kat bawah rumah. Gua sarung satu baju dan keluar sambil pegang torch light. Sambil menuju ke bawah rumah otak gua dah imagine macam-macam. Jahanam jugak kalau gua tersuluh pontianak tengah mengetuk rumah gua dari bawah. Apa pulak kata pontianak tu nanti? Tak ke dia kata gua biadab suluh muka dia? Bermacam-macam persoalan bermain-main di fikiran gua.

Sampai je kat tepi rumah dan gua hanya perlu menunduk untuk masuk ke bawah rumah,gua tarik satu nafas panjang. Gua tunduk perlahan-perlahan dan menyuluh ke bawah rumah, keadaan di bawah rumah agak lengang. Akibat cahaya torch light yang serupa setan, gua kena masuk ke dalam jauh sikit. Sambil berjalan secara mencangkung, gua tersuluh sesuatu. 



Faking goat!!!



Kalau gua McGyver memang gua dah letupkan kambing ni guna torch light.




19 carutan:

nak fucking ghost jgk boleh tak?
keh keh keh :P

 

Sedap juga baca cerita hantu yang ditulis oleh seekor hantu ni.

 

kmbing pon nk bergurau... huhu

 

kambing mana boleh kena air, sebab tu dia nyorok bawah rumah ko. kasihan la sama dia jugak.

ko tahu tak kambing kalau kena hujan jadi apa? jadi tu muka kuning tengah jelir lidah kat sebelah kanan blog ko.


hahahaha. joking only bro:)

 

kambing mana boleh kena air, sebab tu dia nyorok bawah rumah ko. kasihan la sama dia jugak.

ko tahu tak kambing kalau kena hujan jadi apa? jadi tu muka kuning tengah jelir lidah kat sebelah kanan blog ko.


hahahaha. joking only bro:)

 

kambing pandai ketuk rumah.lol

 

KTOKK KTOKK!! KTOKK KTOKK!!




kawan gua cakap kambing tu comel.. haha..

 

kahkahkah... lu ngn kamben tu mmg sesuai loh..

 

"Jahanam jugak kalau gua tersuluh pontianak tengah mengetuk rumah gua dari bawah. Apa pulak kata pontianak tu nanti? Tak ke dia kata gua biadab suluh muka dia? " haha boleh tahan biadab gak lu ni alep. hikhik

 

kambing puaka yer dak?

kalau pontianak, masuk rumah carik paku, ketuk kat dia.

nanti free dapat awek. =D

 

haha. biadap sungguh pergi suluh kambing

 

pergh......
wa baru nak rasa seram.hehehe

 

esh kambing ni, mlm2 pon main ketok2

 

abam sayam, gua dah tukau url. hikhik.

 

aku lagi rela masuk bilik selubung selimut pastu esoknya update status kat facebook 'juon ketuk bawah rumah aku malam tadi'

 

bangang jugak cerita seram ni..kah3