Siri Bercakap Dengan Kim #2

Malam itu sungguh gelap. Punyalah gelap sampai kalau nak cucuh rokok pun ada chance nak tercucuh hidung sendiri. Gua dan Kim dalam perjalanan pulang dari Bandar Metropolitan Kuantan. Jam di dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 2.47 pagi. 

"Apesal ikut jalan ni? Guna Bypass kan lagi dekat.",tanya gua kepada Kim yang sedang memandu.

"Ah gila,Bypass tu keras! Kang terserempak dengan apa-apa kat tengah jalan macam mana?",jawab Kim derhaka.

"Ni sejak bila pulak Atheist percaya hantu ni? Tuhan pun lu tak percaya,ngade-ngade nak percaya hantu pulak",tanya gua lagi sambil membuat muka comel. Sayangnya muka comel gua ditenggelami kegelapan malam.

"Tuhan tak boleh dibuktikan kewujudannya kalau kita gunakan logik atau mengikut sains tapi kewujudan hantu boleh!",jawab Kim sedikit lantang. Gua mula tersengih.

"Setahu gua hantu apa pun dalam dunia ni berpunca dari alam selepas mati. Kalau lu tak percaya adanya kehidupan selepas mati,macam mana lu boleh percaya hantu?",kata gua sambil membuka tingkap kereta. Deruan angin masuk berlumba-lumba.

"Kalau lu nak tahu sekarang dunia sains dah mengiktiraf hantu tahu cuma diaorang tak panggil hantu la. Diaorang siap kaji lagi macam mana hantu tu boleh terbentuk,itulah lu jarang tengok tivi kan dah jadi bengap",jawab Kim sambil mengekek-ngekek ketawa. Puas.

"Ooo..dah tu kalau ikut teori sains,hantu tu wujud macam mane? Proses fotosintesis?",kata gua sambil membuka radio kereta. Kim terdiam.

Dan gua tersenyum dalam kegelapan.





P gertak S : Sekarang ni entah kenapa,gua dah tak berapa nak lalu tengok makwe.

4 carutan:

biar betol dah tak lalu tgok makwe?

 

lulz. percaya dengan hantu tu. atheis mangkuk ni.

 

Muka comel ditenggelami kegelapan malam? Bukan sudah sememangnya ditenggelami "kegelapan" ke? Kehkehkeh..