I'd rather be hated for who I am, than loved for who I am not. - Kurt Cobain
Sudah 3 tahun selepas peristiwa Ismail Harun berjumpa dengan bayangan Kurt Cobain dan peristiwa itu benar-benar merubahnya. Entah secara kebetulan ataupon suratan,3 hari selepas peristiwa itu seorang pemilik syarikat rakaman melamarnya untuk menjadi artis.
Kini Ismail Harun sudah menjadi seorang artis yang berjaya. Di mana-mana sahaja terdengar anak-anak muda,makcik-makcik dan atuk-atuk menyanyikan lagunya. Malah lagunya "Kita hanya Homo Sapiens" menduduki carta tertinggi selama 3 tahun berturut-turut.
Dalam Billboard US,tangga pertama hingga tangga 50 semuanya lagu dendangan Ismail Harun.Artis-artis lain banyak yang bersara dan kalau ada niat untuk memasuki carta terpaksa menunggu panggilan Ismail Harun untuk berduet dengan mereka.
Ismail Harun juga berjaya membuat konsert di tempat yang gah dan terulung.Jangan kata Royal Albert Hall di london,di atas Gunung Fuji pon beliau pernah mengadakan konsert.Baru-baru ini beliau baru sahaja pulang dari Antartika dan membuat konsert manusia pertama yang pernah dilakukan di atas sebijik iceberg.
Wang bukan lagi menjadi masalah besar kepada Ismail Harun.Kekayaannya kini mengatasi Bill Gates malah setakat Donald Trump dan Robert Kwok memang Ismail Harun rasa jijik nak berkawan dengan diaorang.Aset-aset Ismail Harun berada di setiap pelusuk dunia.
Jodoh juga bukan merupakan satu masalah.Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja rombongan meminang yang datang ke rumah Ismail Harun.Yang datang meminangnya pula bukan calang-calang perempuan,dari Miss Universe,Miss World,Miss Galaksi,Miss Bima Sakti,Pornstar paling laris,Pelakon paling digemari hinggalah ke Wanita Pertama Amerika Syarikat,semuanya jatuh cinta kepada Ismail Harun.
Namun Ismail Harun masih selesa hidup membujang.Perempuan kadang-kala difikirkan sebagai satu tembok kepada karier seninya..Mungkin bila tiba masanya beliau akan berkahwin..Mungkin.
Tapi sehebat manapon Ismail Harun,sekaya manapon dia,seglamer gila pon beliau tetap manusia biasa.Entah kenapa beliau merasakan ada satu ruang kosong dalam hidupnya.Kalau dalam jigsaw puzzle tu ada satu piece lagi tak cukup orang kabor.
Selalu jugak beliau termenung setiap hari sambil meletakkan lengan di atas dahi.Kosong,sunyi,pilu dan bermacam perasaan lagi meresap ke hatinya bila beliau free dan tidak bizi berkarya.Walaupon jutaan orang meminati lagunya apetah lagi dirinya tapi beliau tidak merasakan begitu.
Beliau merasakan lagunya sudah tiada feels,tiada soul,tiada umph,tiada kamehameha..
Selepas begitu lama terlibat dalam peperangan perasaan,pembantu peribadinya mensyorkan beliau pergi berjumpa dengan seorang pakar motivasi terkenal.Mungkin pakar tersebut mampu memberikan semula feels kepada Ismail Harun.
Dalam sesi pertama perjumpaan tersebut,Ismail Harun melangkah steady masuk ke dalam bilik pakar motivasi tersebut.Belia mengucapkan hello dan duduk di atas kerusi selesa yang boleh dibaringkan dan dibuat dari baldu.Kerusi tu punyalah selesa sampai digelar King of Chair dan dicemburui oleh kerusi-kerusi lain.
"Sekarang boleh saya tahu apa masalah Encik Ismail Harun?",kata pakar motivasi tersebut yang merupakan seorang perempuan dalam golongan umur 40-an.
"Hidup saya kosong,saya dah tak rasa bahagia meneruskan karier seni saya.3 tahun ini merupakan 3 tahun yang paling hebat tapi juga merupakan 3 tahun paling suram dalam hidup saya.Peristiwa 3 tahun lepas baru-baru ini asyik menghantui saya",kata Ismail Harun sambil bersandar pada kerusi dan memejamkan mata.
"Boleh saya tahu peristiwa apa yang berlaku 3 tahun lepas?",tanya pakar motivasi tersebut.
"Saya berjumpa dengan Kurt Cobain..huuhhhh..",jawab Ismail Harun sambil melepaskan keluhan panjang..
"Errr..Encik Ismail Harun ada ambil dadah atau apa-apa bahan larangan?",tanya pakar motivasi tersebut tiba-tiba.Ismail Harun melemparkan satu jelingan padu.
Apakah masalah yang ditimpa oleh Ismail Harun?
Berjayakah pakar motivasi tersebut menyelesaikannya?
Adakah peristiwa berjumpa dengan Kurt Cobain menjadi punca masalah ini?
Sama-sama kita nantikan kesudahannya dalam episod akhir.
0 carutan:
Post a Comment