Sudah 3 bulan semenjak tragedi berdarah itu berlalu,namun Haji Dusuki tetap dalam trauma. Setiap malam,beliau diganggu dengan mimpi-mimpi ngeri dan di telinganya juga masih terngiang-ngiang suara anak-anaknya menjerit meminta tolong dan simpati.
3 bulan dahulu,satu persatu ahli keluarganya dibunuh dengan kejam. Hajjah Kristina dapat diselamatkan tapi bagi Haji Dusuki,dia lebih rela melihat Hajjah Kristina mati daripada menjadi seperti sekarang. Tak ubah seperti obor-obor. Separuh badan Hajjah Kristina dari pinggang ke bawah dipenuhi dengan segala macam wayar. Nak berjimak nanti entah macam manalah gayanya.
Selepas begitu lama menanti,Haji Dusuki nekad mengambil jalan sendiri. Pihak polis memang tidak boleh diharapkan dalam kes ini. Sudah berbulan-bulan namun mereka masih menemui jalan buntu dan tidak mempunyai apa-apa klu.
Hati Haji Dusuki juga masih berbekas hatinya dengan cara Inspektor Azlan menjalankan tugasnya. Ada ke patut dalam kes pembunuhan seperti itu,Inspektor Azlan menanyakan soalan-soalan yang tidak masuk akal seperti rancangan tivi kegemaran Haji Dusuki dan peserta american idol musim terbaru yang manakah diminati oleh arwah anaknya..Langsung tak masuk akal!
Satu nama yang terlintas di fikiran Haji Dusuki pada masa ini ialah tak lain tak bukan Jeff Bukhari,sahabat karibnya.
Jeff Bukhari bukan calang-calang orang.30 tahun dalam lapangan penyiasatan menjadikan beliau antara penyiasat yang terkemuka.Selain merupakan seorang bekas Green Beret,Jeff Bukhari juga merupakan bekas Navy Seal,bekas penasihat keselamatan Muammar Gaddafi,pemegang tali pinggang hitam karate,pemenang pingat emas olimpik dalam lumba basikal,memanah dan gimnastik,wakil calon bagi pilihanraya kampus,guru subjek biologi peringkat menengah rendah,pernah mengeluarkan album melayu asli pada tahun 76 dan bermacam-macam lagi.
Port folio Jeff Bukhari kalau nak diceritakan memerlukan 8 entri sekurang-kurangnya.Begitulah kepoweran Jeff Bukhari. Jeff Bukhari yang pernah mengemparkan dunia kerana berjaya menyelesaikan kes-kes rumit dengan cara paling cool memang menjadi sebutan ramai. Terbaru beliau berjaya menyelesaikan satu kes pembunuhan dalam jangkamasa tak sampai sepuluh minit.
Kringgg Kringgg!
Jeff Bukhari yang sedang lena dikejutkan dengan bunyi deringan telefon.Beliau kini sedang berada di Ohio untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin.
"Jeff!Kau kena tolong aku. Kau sajelah yang mampu melenyapkan mimpi ngeri aku ni",kata Haji Dusuki di corong telefon terburu-buru.
"Kau ni nama saja haji tapi kasi salam tak pernah jadi amalan.Ya,aku akan tolong tapi tunggu aku pulang ke Malaysia dulu. Dan satu lagi,untuk menyelesaikan kes ni,kita kena kembali semula ke Cherating. Mungkin ada klu yang pihak polis tertinggal",jawab Jeff Bukhari tenang.
Haji Dusuki meletakkan ganggang telefon dengan perlahan. Mampukah dia kembali semula ke tempat yang memberikan noktah hitam dalam hidupnya. Mampukah dia berdepan dengan ombak Cherating,mampukah dia berdepan dengan deruan angin laut china selatan? Mampukah dia bertentang mata dengan makwe-makwe berbikini lagi?
"Cilake,main letak telefon camtu je",kata Jeff Bukhari seorang diri.
Seminggu selepas itu,sekembalinya Jeff Bukhari dari Ohio,dua sahabat karib itu memulakan perjalanan ke Cherating dengan misi mencari kebenaran dan keadilan. Sampai sahaja di Cherating,tapak perkhemahan yang pernah diduduki oleh Haji Dusuki sekeluarga nampak meriah dan riuh rendah.Jeff Bukhari pelik,Haji Dusuki apetah lagi.
"Oi budak,apa yang ramai-ramai orang buat kat tempat tu?",tanya Jeff Bukhari kepada seorang budak lelaki belasan tahun yang sedang menghisap rokok Mild Seven charcoal filter.
"oooo,3 bulan lepas,tapak perkhemahan tu pernah berlaku kes pembunuhan beramai-ramai. Tak lama lepas tu,ada sorang lelaki ni pergi bantai buat rumah hantu kat situ. Seram jugak bang,saya dah pernah masuk dah,kira berbaloi la bayar RM15",jawab budak lelaki belasan tahun yang sedang menghisap rokok Mild Seven charcoal filter itu.
Jeff Bukhari dan Haji Dusuki saling berpandangan selepas mendengar cerita budak lelaki belasan tahun yang sedang menghisap rokok Mild Seven charcoal filter itu.
"Jeff!!Kau nampak lelaki yang sedang jual tiket tu?",jerit Haji Dusuki tiba-tiba.
"Kenapa dengan lelaki tu?Kenalan kau?",jawab Jeff Bukhari endah tak endah kerana sibuk menjamu mata dengan peha makwe yang lalu lalang..
"Itulah lelaki yang aku dan Ryan jumpa ketika berkhemah dulu.Ya,tak syak lagi.Itulah dia Jeff!!",kata Haji Dusuki lagi.
"Hmm..aku dapat merasakan lelaki itu mungkin merupakan kunci penting dalam menyelesaikan kes ini.Ya,aku sangat pasti!",jawab Jeff Bukhari sambil pergi membeli kuaci.
Berjayakah dua orang sahabat karib itu menyelesaikan kes ini?
Siapakah Lelaki misteri tersebut?
Apakah yang akan dilalui oleh mereka?
Kuaci jenis apakah yang dibeli oleh Jeff Bukhari?
Sama-sama kita nantikan sambungannya di Kasus Pembunuhan Tragis.Episod akhir!!!
1 carutan:
kemain jauh jeff pegi knduri kawen..hehe..
Post a Comment