"Maaf bang,dari tadi lagi kita berjalan lupa pula nak tanya siapa nama abang ni",tanya salah seorang dari 3 pemuda tersebut kepada abang penyelamat yang berjalan di hadapan mereka.
"Hmm..panggil saja abang Muiz",jawab abang penyelamat tersebut ringkas.
"Err abang Muiz,dah lama kita berjalan bila nak sampai ni?Saya nampak tadi abang Muiz ada pegang henset kan?Kenapa tak guna je henset tu suruh helikopter ambil kita,nak juga kitaorang merasa naik helikopter",tanya pemuda bertiga itu lagi.
"Takde line,sini memang bukan wilayah celcom",jawab abang Muiz sambil menyalakan sebatang rokok.
Sudah hampir 2 jam mereka berjalan namun masih tidak kunjung tiba.Matahari sudah mula terpacak di atas kepala,mujur juga rimbunan daun dari pokok-pokok di atas banyak membantu memberikan perlindungan dari sinar UV.
"Ok,kamu semua boleh berehat sekejap,biar abang pergi tinjau dulu keadaan sekeliling",kata abang Muiz selepas mereka sampai di bawah sebuah pokok yang besarnya lebih dari 3 pemeluk..
Tiga sekawan itu tanpa berlengah terus melepaskan lelah sambil bersandar pada batang pokok besar tersebut.Abang Muiz pula hilang di balik pokok-pokok hutan.
"Pelik- pelik,1st time aku tengok penyelamat pakai seluar jeans dengan bush jacket je,ni penyelamat dari pasukan mana ni?",tanya salah seorang daripada pemuda itu kepada rakannya.
"Jangan bersangka buruk John,mungkin abang tu sengaja pakai macam tu,selesa sikit nak berjalam dalam hutan ni.",jawab seorang rakannya bertubuh kurus yang bernama Amin.Seorang lagi rakannya,Wahab kelihatan sudah terlena dek kerana terlalu penat.
Tidak jauh dari situ,Muiz kelihatan sedang memasang silencer pada pistol semi automatiknya.Tugas yang diberikan perlu dilaksanakan atau kemungkinan besar Inspektor Razif akan turut mengambil nyawanya.Sambil berhati-hati,dia bergerak ke arah pokok besar tempat 3 pemuda itu berehat.
Bila sudah merasakan dirinya berada dalam posisi yang sesuai,Muiz meluru keluar sambil menghalakan senjatanya tapi rasa terkejutnya bukan kepalang bila melihat 3 pemuda itu hilang!
"Jahanam!!",jerit Muiz marah.
Tidak jauh dari situ kelihatan 3 pemuda tersebut sedang berlari sambil mengekori seorang lelaki.Keempat-empat mereka berlari dengan laju tanpa menghiraukan semak samun dan ranting-ranting pokok yang terjulur ke bawah.Sedikit kesilapan,mereka akan tersembam ke bumi jika kaki mereka tersangkut dengan akar-akar pokok yang berselirat di atas tanah..
Mereka akhirnya berhenti berlari selepas sampai ke sebuah anak sungai.Wahab kelihatan sedang menekan-nekan perut dengan tapak tangan manakala Amin pula sampai ke tahap muntah air.Hanya John dan lelaki yang diekori mereka tadi kelihatan masih steady.
"Abang ni siapa?Kenapa abang suruh kitaorang lari tadi?Siapa Abang Muiz tu?",tanya John kepada lelaki tersebut yang sedang menghirup air sungai dengan menggunakan sebatang straw yang entah dari mana datangnya.
"Nama abang Lans Koperal Bukhari,lelaki itu tadi kemungkinan besar seorang pembunuh upahan yang dihantar untuk membunuh kamu semua",jawab LK Bukhari dengan muka serius.
"Bunuh?Apa dosa kami?Takkan tersesat pon boleh kena hukuman mati?",tanya Wahab tiba-tiba.
"Abang pon tak tahu apa yang kamu semua sudah buat tapi mesti ada sesuatu yang penting telah kamu saksikan sepanjang kamu semua tersesat dalam hutan ni",jawab LK Bukhari sambil mengesat muka dengan hujung bajunya.
"Mana ada kami buat apa pon bang,naik bukit turun bukit,naik lembah turun lembah,harung sungai,harung paya,masuk ladang keluar ladang jelah yang kami buat pon selama tersesat ni",jawab John sambil mengaru-garu pipinya.
"Ladang menatang apa dalam hutan tebal ni?Sejak bila pulak orang bunian ada sistem perladangan?",tanya LK Bukhari musykil.
"Haah,betul jugak ye dak?Tapi apa yang kami jumpa tu memang ladang,nak kata ladang sawit bukan tapi pokok dia renek-renek.",kata Amin yang berdiam diri dari tadi.
"Mengikut gerak hati abang,kemungkinan besar ladang yang kamu jumpa itu ialah ladang ganja dan itu jugalah sebabnya kamu menjadi buruan pembunuh tadi",kata LK Bukhari yang berdiri sambil menongkat sebelah tangannya pada sebatang pokok.
"Abang ni polis kan?Apa yang susahnya,abang bawak kitaorang keluar dari sini dan kita laporkan tentang perkara ni",kata Wahab sambil terbatuk-batuk.
"Terus terang abang katakan kita tak boleh keluar dari sini sebab orang atasan abang pon mungkin terlibat dalam hal.Tidak mustahil kita akan menjadi sasaran mudah jika keluar dari hutan ni",jawab LK Bukhari sambil mencucuh sebatang rokok.
"Di luar kita dibunuh,di dalam sini kita dibunuh,di mana-mana pon kita dibunuh",kata Amin dengan nada sebak.Tidak disangka ekspedisi ini mungkin akan meragut nyawa mereka.
"Buat sementara waktu,kita bertahan sahaja dalam hutan ini sebelum abang dapat pikirkan jalan terbaik.Jangan risau,abang mendapat latihan pengakap sejak usia 3 tahun lagi,hidup dalam hutan bukan kerja sukar untuk abang",kata-kata LK Bukhari sedikit sebanyak memberi keyakinan pada 3 pemuda itu.
"Soal makanan macam mana bang?",tanya John sedikit bercelaru.
"Kalau perlu makan monyet,kita makan!!",jawab LK Bukhari dengan ringkas.
3 pemuda tersebut saling berpandangan.
Berjayakah mereka meneruskan hidup dalam hutan tebal yang tidak berperasaan itu?
Adakah mereka akan terus diburu oleh pembunuh upahan tersebut?
Bagaimanakah mereka menyelesaikan kemelut ini?
Nantikan sambungannya di sini!
0 carutan:
Post a Comment