angin melankolik..

bosan teramat sgt..sume org dh tdo..tggllah seorg makhluk yg bijaksana seorg diri terkebil2 terkumat kamit seorg diri..kdg2 paras kebosanannya sudah membolehkan dirinya menguasai ilmu berckp dgn dinding,kucing,sofa,ashtray dan bermcm objek lg..

baca komik lg best kot..dia membuka almari ajaibnya,kelihatan beratus atau beribu komik yg tersusun dgn gagahnya..hasil dari titik peluh dan ilmu mengepaunya..kebanyakan sudah diulang baca lebih 20 kali.pedang setiawan,raja rimba,wira tunggal,pendekar laut,barbarian x,senjata misteri dan bermacam tajuk tahyul lagi.

beliau mengambil senaskah komik dan meniarap di atas katil smbil membacanya.habis.senaskah lagi diambil.habis.dan senaskah lagi.(bang,boley tlg cepatkan sket x citer ni=kata imaginary friendsnya)oh ok..smpaila ke naskah yg ke 43 yg dibacanya bila beliau tibe2 tergamam..

sekping gmbar terselit di tgh komik wira2 kembar episod 25 itu..gambar yg meruntun memori smlm..fak fak fak..mulutnya mencarut..camne sekping ni boley terlepas plak.yaa,beliau msti lakukan juga upacara itu..mlm ini juga.

upacara yg hampir semua org pernah lakukan..membakar gambar,album,surat,kasut,baju dan mcm2..klu dlm music video akim siap bakar kereta lg.ahh,korg jgn nk tipu..korg pon prnh buat kan?sapa tipu mlm ni dia mimpi jumpe jaafar onn!

gmbar itu diambil dan dibawanya ke luar rumah..kot bakar dlm bilik takut mak kata die lakukan upacara menghantar santau plak..smpai di luar angin berderu kencang.ini angin melankolik,murung dan sedih.

gmbar itu direnung dlm2..beliau menyalakan rokok,mengharapkan memori boleh dibawa pergi oleh angin sperti asap rokoknya..buntu bagaimana utk melakukan upacara tersebut..dlm hidupnya byk cara dan kaedah pernah disaksikannya..gunting kecik2,tanam dlm tanah,baling dlm sungai,curah dgn cuka getah dan pembakaran..

hanya pembakaran boley dilakukan kerana makhluk itu tdk mpunyai gunting,cangkul,sungai dan cuka getah atau asid sulfurik pekat.beliau mula membakar dari bahagia kaki dgn menggunakan lighter..angin meniup padam api..

dia mengeluh dan mencuba.sekali lagi.angin meniup api itu kembali..wahai angin,sy x cari gaduh dgn anda,tlg jgn buat begini..angin tiba2 berhenti..buat kali ketiga beliau mencuba dan yakin kali ini beliau akan berjaya.

perlahan2 api membakar gmbar itu..bermula dari bahagian kasut dan mula melarat kebahagian seluar pula..tiba2 hujan turut dgn lebatnya.gmbr itu hanya sempat terbakar suku bahagian.

arghhh..smbil menjerit beliau lari ke dlm rumah..upacara terpaksa ditangguhkan hingga cuaca mengizinkan..perlahan2 beliau sisipkan kembali gambar itu ke dlm komik..harap2 esk lupa nk bakar.

0 carutan: