Hidup Saya

Kebelakangan ini, hidup saya sedikit huru hara. Dengan alasan huru hara, blog saya ini juga turut tergendala. Tapi tidaklah pula saya hairan dengan perasaan blog saya apatah lagi perasaan anda semua. Perasaan saya yang paling utama.

Jadi untuk membuatkan hidup saya kembali normal, saya terpaksa repair apa yang boleh direpair, tinggalkan apa yang patut ditinggalkan, buang apa yang patut dibuang, delete folder gambar yang patut didelete, terajang apa yang patut diterajang dan ketawa apa yang patut diketawakan. Selepas buat semua yang patut dibuat, saya rasa lebih lega sekarang. Anda bagaimana? Jangan jawab, percayalah saya takkan peduli.

Saya kini sudah bekerja sepenuh masa dengan Terfaktab iaitu satu organisasi kapitalis yang bertopengkan cinta. Pejabat baru saya pula terletak di atas restoran Mak Uda iaitu satu restoran melayu yang juga bersikap kapitalis. Lama kelamaan saya risau saya akan terpengaruh dengan persekitaran kapitalis ini dan mungkin mengenakan bayaran kepada siapa yang mahu bersembang dengan saya. 

Tentang cinta, saya tiada apa untuk diceritakan. Love suck. Ya, anda tidak silap membacanya.

Dan sekarang pada pukul 5.35 pagi ini, saya sedang duduk seorang diri di pejabat. Setakat ini mesin fotostat tidak hidup dengan sendiri, tiada bunyi bunyi kerusi ditarik atau kelihatan lembaga bertenggek di atas aircond. Saya harap tiada kerana jika ada, mereka menempah bahaya. Saya bukanlah seorang lelaki yang mudah ditumpaskan. Kahkahkah! 

Begitulah serba sedikit mengenai kehidupan terbaru saya. Terima kasih.

3 carutan:

Leplep sangat kelakar. Haih,kenapa lah awak LepLep..kalau real,dah fall in leplep dah! >.<

 

Leplep sangat kelakar. Haih,kenapa lah awak Leplep. If it is real,dah lama saya fall in lep lep.. Hahaha

 

Be strong! G pijak kucing laa